Isnin, 29 Oktober 2007

Salam Perkenalan Buat Semua

Alhamdulillah setelah berkecimpung dalam dunia "Blog" hampir setahun yang lalu, maka saya disini ingin berkongsi dengan anda semua di blog ini bagaimana caranya untuk mendapatkan duit di internet, especially menggunakan Blogger yang percuma ini. Ianya bukannya susah dan juga bukanlah senang seperti yang kita sangka-sangkakan. Namun yang paling penting adalah usaha dan keinginan kita untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Maafkan saya sekiranya tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama panggilan untuk saya adalh "G" @ "Abe G". Untuk makluman semua saya adalah seorang Jurutera Mekanikal di sebuah kilang fabrikasi logam di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Mungkin saudara-saudari tertanya-tanya macam mana saya boleh terbabit dibidang blog ini. Saya pun sebenarnya dah lupa, bila dan dimana saya bermula, namun yang pasti setelah saya berkerja di Kota Bharu pada tahun 2005.

Jadi harapan saya pada blog ini adalah untuk berkongsi panduan dan ilmu yang sedikit ini pada anda semua. Saya amat mengalu-alukan segala bentuk komen daripada anda semua.

InsyaALLAH, akhir kata, rezeki kita ada dimana-mana, kita cuma perlu usaha untuk mendapatkannya.

Tiada ulasan: