Anda pasti tertanya-tanya kenapa saya memilih Blogger sebagai medium blog ini. Kenapa tidak Wordpress, TypePad, Moveable Type, Live Journal dan lain-lain lagi.
Jawapannya adalah: Blogger adalah simple, userfriendly dan percuma.Mengapa saya katakan Blogger adalah simple: Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan trend blog masakini, Blogger adalah pilihan terbaik berbanding blog hosting yang lain kerana semuanya telah tersedia di Blogger. Anda hanya perlu tekan buttons yang telah tersedia
Mengapa saya katakan Blogger adalah userfriendly: Seperti jawapan saya diatas, anda tidak perlu belajar programming, html code, javascript dan lain-lain lain untuk menghias blog anda. Contohnya, anda hanya perlu copy & paste saja code tertentu pada widget box untuk mempamerkan iklan Google Adsense anda.
Mengapa saya katakan Blogger adalah percuma: Sememangnya Blogger adalah percuma. Percuma disini adalah sekiranya anda menggunakan URL yang diakhiri .blogspot.com. Tetapi jika anda ingin domain name yang lebih gempak seperti .com, .com.my, .net dan sebagainya anda perlulah membelinya terlebih dahulu. Blogger menyediakan perkhidmatan ini sekiranya anda perlu
Nasihat saya: Gunakanlah perkhidmatan yang percuma ini dahulu sebelum anda berubah kepada domain name anda sendiri. Itu adalah yang lebih baik dan suatu langkah yang bijakBlog Panduan Buat Duit Di Blogspot Dot Com adalah salah satu blog saya yang di kendalikan oleh Blogger.
